Saturday, June 7, 2008

Diari Pertama

Kata mama, aku dilahirkan tanpa tangisan. Selepas beberapa minit, aku yang dilahirkan dengan proses kelahiran yg agak rumit, barulah menangis. Itupun selepas diberi bantuan pernafasan oleh doktor. Maknanya di awal kelahiran lagi, aku sudah menempuh ranjau kehidupan.

Kata nenek, orang yang lahir tanpa tangisan biasanya akan menjadi seorang pendiam. Aku sendiri tidak pasti samada kata-kata nenek itu ada benarnya atau tidak. Apa yang aku rasa, aku mempunyai dua sifat yang berlainan. Ada masa aku begitu riuh berbicara, di masa yang lain pula, aku menjadi seorang pemerhati, lebih suka bersendiri, berbicara dengan diri, berbual dengan alam dan bermesra dengan kenangan...

Begitulah diriku...